Saturday, September 12, 2009

Vandalisme

Apakah itu 'Vandalism'?

• 'Vandalism' adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau
harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
• 'Vandalism' mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana
terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang
rosak.
• 'Vandalism' boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.

Mengapa 'Vandalism' terjadi?

Sebab-sebabnya adalah:

• Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam
• Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
• Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
• Untuk membalas dendam
• Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi
• Untuk keseronokan dan kepuasan diri
• Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan

Mengapa remaja terlibat dalam 'geng'?

Remaja terlibat dalam 'geng' kerana pelbagai sebab seperti:

• Keseronokan
• Rasa megah / status
• Perlindungan
• Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
• Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
• Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan 'Vandalism'?

• Remaja yang terlibat dengan 'Vandalism' biasanya menghadapi masalah peribadi
sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
• Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial
• Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal.

• Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan 'Vandalism' adalah
:
o Ponteng kelas atau sekolah
o Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
o Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
o Kemahiran sosial yang lemah
o Mencari perhatian dengan cara yang negatif
o Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
o Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
o Masalah keluarga
o Masalah dalam persahabatan
o Masalah di sekolah
o Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
o Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam
'Vandalism'?

• Remaja yang aktif melakukan 'vandalism' akan mudah menjadi penjenayah apabila
dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan
• Remaja yang melakukan 'vandalism' biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku
seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran
(contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
• Remaja yang melakukan 'vandalism' selalunya menghadapi masalah.

o Dengan pihak sekolah

• Remaja yang melakukan 'vandalism' selalunya mendapat laporan buruk dari pihak
sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
• Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana
ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan
yang kurang sihat.
• 'Vandalism' akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan
masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak
dapat digunakan di waktu kecemasan.
• 'Vandalism' terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin

o Mengakibatkan kehilangan nyawa di waktu kecemasan yang kritikal

• Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial
seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam
'Vandalism'?

• Memahami bahawa vandalism adalah satu kesalahan jenayah.
• Tanya diri anda :

o Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
o Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
o Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
o Siapa yang boleh membantu saya?

• Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan 'vandalism'. (lihat
Menangani kemarahan)
• Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar.(lihat Membuat
keputusan dan Penyelesaian masalah )
• Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk
mengelakkan 'vandalism'. (lihat Kemahiran sosial dan Komunikasi)
• Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah
• Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman,
bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi
tekanan hidup
• Jauhi rakan-rakan yang melakukan 'vandalism'
• Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas
kertas
• Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi.

No comments:

Post a Comment